Pages

Saturday 24 November 2012

PERCUTIAN KE PADANG BUKITTINGGI NOV 2012 SIRI 2

Siri 2/2012 ..... 10/11/2012

Day 2: After breakfast at Hotel proceed to City Tour of BukitTinggi.
Melawat tempat yang famous Grand Sianok Canyon dengan view yang indah
dan menarik sekali.. Kami dibawa menempuh perjalanan yng panjang.
Dari pagi hinggalah kepetang lamanya. Menaiki bas menyusuri
laluan2 jalanraya yang sempit yang merentasi pergunungan.



 Gambar Bawah
Gunung Merapi yang diselubungi awan..Disini kita
dapat juga melihat sedikit demi sedikit awan berarak
meninggalkan puncak gunung dan akhirnya nampaklah...
sebahagian Gunung Merapi..


Kami melalui kelok 44,selekoh yang merbahaya dan banyak selekoh.
Pemandu bas memang cekap dengan pemanduannya,
ngeri je bila tengok selekoh yang curam dikawasan persekitaran
tanah tinggi. Kami diberi peluang bergambar
bila tiba satu tempat yang ada kawasan sikit untuk berhenti.
Disitu juga ada jual cenderahati, baju kulit
dan yang bagusnya harga dalam RM lagi.
Puas rasa dapat berhenti luruskan pinggang melihat pemandangan..
terdapat rumah2 dikaki gunung.




 Gambar Bawah
Di rumah tempat kelahiran Prof.Buya Hamka seorang cendekiawan Islam,
ulama dan sastrawan yang terulung di Indonesia.
Sampai disana kami disambut oleh anak buah
Prof.Buya Hamka. Beliau menceritakan
serba sedikit perihal kehidupan seharian beliau disamping keluarga.
Juga penglibatan beliau dalam penulisan buku,novel
dan tafsiran AlQuran. Khusyuk mendengar kisah suka dan duka
Prof.Buya Hamka.. Karya2 beliau boleh juga didapati di sini.
Penceritaan nya penuh rasa keinsafan..

 Gambar Bawah
Kami tidak lepas peluang bergambar dengan potrait Prof. Buya Hamka..
Juga bergambar kenangan dengan Mpower Group di perkarangan
rumah beliau..







Gambar Bawah
Posing ditangga rumah Prof Buya Hamka berlatarkan Tasik Maninjau.
Memang menakjubkan pemandangannya.
Cantiknya ciptaan tuhan.. panorama indah Banjaran Ngarai Sianok dan
Pemandangan Tasik Maninjau yang sukar digambar cantiknya pantulan
dari awan dan langit kebiruan menjadikan air tasiknya seumpana lukisan..

 Gambar Bawah
Selepas ini kami meneruskan perjalanan pulang.
Singgah di Pasar Atas diberi peluang shopping kain2 sulaman.
Seronok shopping tapi waktunya terhad.
Rasa nak datang lagi..wah..wah.. Insyallah...
Selesai shopping kami berkumpul di jam gadang untuk pergi
makan malam.. Hidangannya tetap masakan minang..
dah 3 kali makan masakan minang.
hilang pulak rasa menikmatinya..makan je lah..






SELAMAT TINGGAL PADANG BUKITTINGGI..
SAMPAI KETEMU LAGI
12/11/2012........

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Izinkanlah kami untuk memperkenalkan diri pada Tuan/Puan

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan yang bagus dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Motto kami adalah : Kesenangan dan kegembiraan tamu adalah ketenangan kami.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete