Pages

Saturday 24 November 2012

PERCUTIAN KE PADANG BUKIT TINGGI NOV12 SIRI 1

SIRI 1/2012 DAY 1

BERMULA LAH CATATAN PERTAMA PERJALANAN KU
KE PADANG BUKIT TINGGI..

Aku lupakan seketika tempahan bunga,gubahan bunga,hal kerja dan
urusan rumah. Berehat sebentar dari segala aktiviti harian yang sentiasa pack
dengan schedule. Kalau diikutkan memang tidak boleh bercuti kemana2.
Apabila kakak mempelawa aku ke Padang, aku tanya pada diri ku sendiri
boleh ke pegi ni.. keja banyak ni, tempahan bunga sedia menanti
Tapi bila fikirkan Aku juga perlu beri ruang masa untuk diri sendiri.
bercuti berseronok tapi bukan sampai lupa diri. Hanya seketika ...

So hari ini 9/11/2012 tepat jam 8.30 pagi , inilah masa dan ketikanya aku
akan berangkat ke Padang Bukit Tinggi,Indonesia..

Day 1: Arrival at Minangkabau International Airport. Proceed to Bukittinggi
Anai Valley. Dalam perjalanan singgah di Anai Waterfall. Lihatlah gambarnya
dibawah.. Memang terpegun melihat keindahan air terjun Lembah Anai.
Aku pun apalagi bergambar sakan dengan Mpower Group.




Gambar Bawah
Abg Jas posing maco.. baik2 jatuh, susah nak bangun nanti..
Bergambar dengan kakak,emy dan laila..
Kami semua beransur2
Menuruni tangga di Lembah Anai.. bergambar lagi..




Gambar Bawah
At Minangkabau Village.. memang tak lepas peluang bergambar.
entah bila lagi nak kesini.. Dikenali juga dengan nama Rumah Gadang,
maksudnya gadang tu besar.. kami diberi taklimat oleh penjaga rumah
gadang.aduh asyik sekali mendengar dia omong minang.
Banyak menceritakan adat pepatih Bukittinggi dan NSembilan..
Kelebihan anak perempuan dan kelebihan anak lelaki..
wah sampai esok pun tak abis cerita nanti..



Gambar Bawah
Aku dan rakan2 Mpower Group, ladies only mengenakan pakaian minang.
waduh2 cantiknya. Kepalaku berat,bajunya pun berat tapi yang pentingnya
merasa juga memakainya dan cantik sekali baju2nya



Gambar Bawah
At Restaurant Pak Datuk adalah destinasi seterusnya.. Dah penat,
Perut pun dah lapar berkeroncong bunyi dalamnya.
Akhirnya sampailah di restaurant pilihan..
First time rasa makanan minang ni. tak sabar2 rasanya nak mencuba
kelainan masakan mereka.. hari pertama memang lapar sangat2. Nampak
lauk pauknya menyelerakan. tapi semuanya diletakan seketul2 dalam
piring. Rasa macam tak cukup tapi sebenarnya cukup sangat2..




Gambar Bawah
Berangkat ke Pandai Sikek untuk melihat pembuatan wood carving.
wah rasanya macam rumit untuk membuatnya..tapi hasilnya
memang cantik. Mereka memang rajin dan tekun.
Dalam usia yang muda lagi mereka dah pandai membuatnya..Tabiklah..
Tapi sebelum ke Pandai Sikek kami singgah shopping dulu
di Namira Collection Puteri Minang Padang Panjang.
Banyak juga aku shopping
kat situ, beli baju yang dibuat dari kain pelekat,
blouse sulaman,kain batik sarung/lepas dan telekung..
Kelihatan Kakak sedang membayar bilnya...Paan memerhati je ke...

Gambar Bawah
Tempat panggang pembuatan Lempeng Kelapo.. Menggunakan bahan
bakarnya ialah pokok kayu manis yang bersusun diatas para.
Kulitnya diambil dikeringkan untuk jualan manakala batang pokoknya
dijadikan bahan bakar..Jadi wangi dan enak rasanya Lempeng Kelapo..
Kalau cicah sambal tumis dan minum air kopi..
perghhh ..sodap eh..
Tgk Abg Jas n Kakak beratur nak bayar duit lempeng.
sempat posing lagi tu.. Waktu tu hujan, tapi tak dihiraukan
janji dapat makan lempeng..



Gambar Bawah
Akhirnya.. sampailah kami ke tempat yang dituju iaitu
Hotel Royal Denai BukitTinggi.
Penatnya seharian berjalan, lenguh kaki dibuatnya.
Perjalanan mengambil masa yang panjang untuk sampai
ke destinasi. Hampir 2 jam, memang meletihkan tapi seronok.
Sepanjang perjalanan mata dihiasi dengan pemandangan panorama
kirikanan jalan, amat menarik sekali.


Gambar Bawah
Makan malam di Restaurant pilihan.. Nasi padang lagi..





SELAMAT TINGGAL BUKITTINGGI..
SAMPAI KETEMU LAGI... INSYALLAH
12/11/2012..............


PERCUTIAN KE PADANG BUKITTINGGI NOV 2012 SIRI 2

Siri 2/2012 ..... 10/11/2012

Day 2: After breakfast at Hotel proceed to City Tour of BukitTinggi.
Melawat tempat yang famous Grand Sianok Canyon dengan view yang indah
dan menarik sekali.. Kami dibawa menempuh perjalanan yng panjang.
Dari pagi hinggalah kepetang lamanya. Menaiki bas menyusuri
laluan2 jalanraya yang sempit yang merentasi pergunungan.



 Gambar Bawah
Gunung Merapi yang diselubungi awan..Disini kita
dapat juga melihat sedikit demi sedikit awan berarak
meninggalkan puncak gunung dan akhirnya nampaklah...
sebahagian Gunung Merapi..


Kami melalui kelok 44,selekoh yang merbahaya dan banyak selekoh.
Pemandu bas memang cekap dengan pemanduannya,
ngeri je bila tengok selekoh yang curam dikawasan persekitaran
tanah tinggi. Kami diberi peluang bergambar
bila tiba satu tempat yang ada kawasan sikit untuk berhenti.
Disitu juga ada jual cenderahati, baju kulit
dan yang bagusnya harga dalam RM lagi.
Puas rasa dapat berhenti luruskan pinggang melihat pemandangan..
terdapat rumah2 dikaki gunung.




 Gambar Bawah
Di rumah tempat kelahiran Prof.Buya Hamka seorang cendekiawan Islam,
ulama dan sastrawan yang terulung di Indonesia.
Sampai disana kami disambut oleh anak buah
Prof.Buya Hamka. Beliau menceritakan
serba sedikit perihal kehidupan seharian beliau disamping keluarga.
Juga penglibatan beliau dalam penulisan buku,novel
dan tafsiran AlQuran. Khusyuk mendengar kisah suka dan duka
Prof.Buya Hamka.. Karya2 beliau boleh juga didapati di sini.
Penceritaan nya penuh rasa keinsafan..

 Gambar Bawah
Kami tidak lepas peluang bergambar dengan potrait Prof. Buya Hamka..
Juga bergambar kenangan dengan Mpower Group di perkarangan
rumah beliau..







Gambar Bawah
Posing ditangga rumah Prof Buya Hamka berlatarkan Tasik Maninjau.
Memang menakjubkan pemandangannya.
Cantiknya ciptaan tuhan.. panorama indah Banjaran Ngarai Sianok dan
Pemandangan Tasik Maninjau yang sukar digambar cantiknya pantulan
dari awan dan langit kebiruan menjadikan air tasiknya seumpana lukisan..

 Gambar Bawah
Selepas ini kami meneruskan perjalanan pulang.
Singgah di Pasar Atas diberi peluang shopping kain2 sulaman.
Seronok shopping tapi waktunya terhad.
Rasa nak datang lagi..wah..wah.. Insyallah...
Selesai shopping kami berkumpul di jam gadang untuk pergi
makan malam.. Hidangannya tetap masakan minang..
dah 3 kali makan masakan minang.
hilang pulak rasa menikmatinya..makan je lah..






SELAMAT TINGGAL PADANG BUKITTINGGI..
SAMPAI KETEMU LAGI
12/11/2012........

Friday 23 November 2012

PERCUTIAN KE PADANG BUKITTINGGI NOV 2012 SIRI 3

Siri 3/2012...11/11/2012

Gambar Bawah
Day 3: After breakfast, proceed to the unique of
Minangkabau Batu Sangkar.
Tapi dalam perjalanan kami singgah di Rumah Hjh Rosmah.
Beliau terkenal dengan sulaman yang cantik2.
Kami juga singgah di Butik Anissa dan Butik Suraya
yang banyak membuat tempahan sulaman dari Malaysia.


Gambar Bawah

Dalam perjalanan kami singgah di Tabek Patah, iaitu tempat
pemprosesan pisang salai dan kopi segar tradisional
yang terkenal disini.
Kami juga melihat cara2 industri pemprosesan pisang salai
yang dilakukan oleh pekerja2 disini.
Kebanyakannya orang kampung Tabek Patah.
Menikmati kopi panas dengan pisang salai panas
berhadapan panorama yang cantik..
wah.. indahnya..




 Gambar Bawah
Selepas itu kami Lunch di restaurant di satu perkampungan berlatarkan
sawah padi dan banjaran gunung2 yang menghijau dan dikelilingi juga
kolam2 air tawar. Damainya disini jauh dari kesibukan kota dan tenang
sekali menikmati Masakan Nasi Padang yang terbaik.
Restaurant Flora namanya. menu special Ikan Bakar minang.
minum air avocado, air kelapa dan mangga.. emm lazatnya..


Gambar Bawah

Meneruskan perjalanan ke Silindung Bulan Palace. Istana Pagar Ruyong.
Diceritakan kabarnya istana yang asal pernah terbakar disambar petir.
Lalu dibina semula istana baru yang bentuknya sama.
Kami Mpower Group tidak lepas peluang bergambar kenangan disini..
Kebanyakan rumah2 disini semua bentuk Minangkabau..
Rumah dibawah ni..macam lukisan..











Seterusnya bertolak ke Padang dan menginap
di Hotel Hayam Wuruk..
........................................................................................

Siri 4/2012,,,12/11/2012
Day 4: Today 12/11/2012..Jam 5.450 pagi waktu Indonesia
                                          kami bertolak ke Airport Minangkabau.        
Inilah Hotel Hayam Wuruk..
Emy n Paan sibuk menguruskan bag.
sporting pekerja tu tolong mengikat bag2.





 
PERKARANGAN MENUNGGU DI AIRPORT

MINANGKABAU PADANG
BYE..BYE SEMUA SAMPAI KETEMU LAGI..
SELAMAT TINGGAL PADANG BUKIT TINGGI